sekitar Iftar Perdana IRKHSS

bismillah...      

sedikit video gambar IRKHSS iftar jamaie 10/11    


Baru-baru ini, pada akhir bulan Ramadan yg mulia , pihak IRKHSS telah mnganjurkan iftar jamaie . Program ini telah diadakan pada 2 September 2010, di Seminar Hall.. Program ini telah diserikan oleh Us Muhadir bin Hj Joll  yang telah sudi memberikan ceramah, dan tazkirah berkenaan puasa.. Syukran alaik.. 

 Program ini dimulakan dengan ceramah dan selepas mnikmati kurma dan air mineral, kami bersama-sama menunaikan ibadah solat magrib secara berjemaah disitu dan diimami oleh Ustaz sendiri.. alhamdulillah, setelah selesai solat, jemaah dihidangkan dengan hidangan secara bertalam.. iallah, salah satu objektif bagi menganjurkan iftar ini adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama kami tercapai melalui usaha ini.. 

Setelah selesai menjamu selera, kami bersiap-siap untuk menunaikan solat Isyak dan Terawih secara berjemaah dan berimamkan para pelajar secara bergilir-gilir.. 

setelah doa dibacakan, program ini tidak tamat di situ sahaja... juadah bubur lambuk disediakan sebagai 'moreeh' untuk malam itu..acara diserikan lagi dengan tayangan video organisasi IRKHSS 10/11 dan Lucky Draw.. seramai 10 orang pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan yang bertuah menerima mug dari IRKHSS.. 


tapi.. malam tu adalah malam last bagi kami committee IRKHSS berkerja bersama-sama Aisya Nadira binti Armia ( assisstant economy n welfare ) kerana beliau akan mymbung pelajarannya ke Jordan.. namun, kami berharap ukhuwah yang telah utuh terbina ini x kan terpadam dek zaman...

Semoga apa yang dilakukan ini mendapat berkat dari Ilahi dan kami dari pihak IRKHSS ingin menyusun jutaan kemaafan atas salah silap yg dilakukan sepanjang kami mngendalikan program ini... Jutaan terima kasih juga dihulurkan kepada semua yg mmbantu mnjayakan program ini secara langsung atau tidak...






syukran :)